Tuesday, November 22, 2011

SENI ORIGAMI...

Origami adalah suatu seni teknik lipatan . Bahan yang digunakan biasanya daripada kertas atau kain yang berbentuk persegi. Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang bermula semenjak kertas mulai diperkenalkan pada abad pertama di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun. 

Kertas yang dibuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk menjadikan kertas dihasilkan dengan mudah dan banyak. Contoh contoh awal origami yang bersal dari Cina adalah tongkang Cina dan Kotak.
Pada abad ke enam, cara pembutan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.)  oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku. Semenjak itu origami menjadi popular di kalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.
















Kepada sesiapa yang nak isi masa lapang, boleh la cuba hobi ni.. masa saya kecik2 dulu pandai buat jet dengan sampan ja..hehe.. :)   kepada pendidik, kegiatan membuat origami ni bagus diaplikasikan di sekolah.. 
Di bawah adalah links yang boleh dirujuk:
·         http://www.origami.com/
·         http://www.origami.vancouver.bc.ca/
·         http://www.paperfolding.com/
Yang lain-lain sila rujuk Encik Google.. :)  Ok Selamat mencuba!p/s:Gambar di atas diambil dari http://www.origami.com