Monday, November 21, 2011

CARA UNTUK MENGENAL BULU KHINZIR YANG DIJADIKAN BERUS


Macam mana nak mengenal bulu khinzir/ babi yang dijadikan berus???
Berus yang murah kebanyakkannya datang dari negara China diperbuat diperbuat daripada bulu babi...
Hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut yang menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri BULU BABI :-
1. Bulu yang rimbun dihujungnya (senang cerita, bulu babi ni bercabang di hujungnya).
2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3. Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4. Senang didapati berbanding berbanding bulu haiwan lain.

Bulu babi dipanggil dalam Bahasa Inggeris sebagai 'Hog Bristles, Boar Bristles and Pig Bristles'.
Senang cerita saya kepilkan sedikit gambar untuk tatapan pembaca. Semoga umat Islam sentiasa berwaspada dalam membeli produk berus ini ok..


Cuba tengok bulu NO.10 tu ... itu lah bulu babi..
Bulu babi atau babi hutan dipanggil Bristles kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempunyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristles dari wilayah Chungking, China adalah yang terbaik digunakan untuk mengecat.



Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri mempunyai hujung yang tajam.
Maha Suci ALLAH yang menjadikan bulu babi berbeza dengan bulu binatang yang lain. jadi, berhati-hatilah daripada barangan Haram ini yer...pastikan berus yang anda miliki tidak bercabang di hujungnya ^_^